Isu ciplak tudung,Vivy Yusof dikatakan seperti menegakkan benang yang basah

Nama Vivy Yusof naik lagi. Jika sebelum ini dirinya terpalit dengan isu kontr0versi membabitkan golongan B40, yang terbaru pemilik Duck Scarves itu didakw4 mencipIak rekaan tudung seorang usahawan, Sleepylllama melalui rekaan koleksinya 2 tahun lepas.

Pemilik Sleepylllama, Nia memuat naik gambar membandingkan rekaan dan konsep photosh0ot yang digunakan untuk pelancaran koleksi tudungnya dengan rekaan tudung dan konsep photosh0ot yang digunakan Vivy untuk pelancaran koleksi barunya semalam, The Artsy Duck.

 

 

Tidak betah dengan dakw4an tersebut, Vivy mengeluarkan kenyataan bahawa rekaan tudungnya itu adalah rekaan asli yang telah digunakan untuk satu produk Duck yang dikeluarkan pada 2018.

Vivy juga berkata tudung dari Sleepylllama dikeluarkan pada Disember 2018, manakala produknya yang menggunakan rekaan tersebut telah dibincangkan sejak bulan Jun pada tahun yang sama.

Kenyataan itu kembali dibalas oleh Nia  dengan menunjukkan bukti email di mana rekaannya telah dibincangkan sejak bulan Mei 2018.

Kebanyakan netiz3n kini mempersoalkan sikap Vivy  yang dianggap tidak profesional.

“Mengendalikan syarikat besar tak mudah tapi…”

 

“Jangan lagi nak menegakkan benang yang basah…”

“fikir pasal duit masuk jer, sebab di orang business bukan orang seni”

“too hard nak say sorry…”

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*