1 Mei tarikh akhir buat permohonan. BUKAN tarikh pergerakan dari kampung- Datuk Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Kerajaan memaklumkan bahawa 1 Mei 2020 bukanlah tarikh memulakan perjalanan rentas negeri yang dibenarkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)seperti  yang dilaporkan sebelum ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata individu yang ingin pulang ke kediaman atau tempat bertugas mereka boleh membuat permohonan dan pendaftaran melalui aplikasi ‘Gerak Malaysia’ sehingga 1 Mei depan.

“Manakala mereka yang tidak mempunyai aplikasi tersebut boleh melaporkannya kepada balai polis berdekatan. Permohonan itu (untuk pergerakkan) dibuka sehingga 1 Mei ini,

“Selepas 1 Mei, kita akan kumpulkan info-info tersebut dari balai polis di seluruh negara. Kemudian  barulah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbincang dan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai kebenaran perjalanan pulang itu,

“Terima kasih kepada pihak PDRM, kerana walaupun belum bermesyuarat dengan MKN, mereka sudah cadangkan beberapa SOP yang saya kira amat baik, tetapi masih perlu dibincang bersama MKN dan KKM untuk keputusan lanjut,

“Selepas mengemukakan SOP tersebut, cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat khas menteri untuk diluluskan, dan apabila sudah lulus barulah pergerakan boleh dilakukan,” katanya dalam sidang media khas selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri di Putrajaya, semalam.

Ismail Sabri berkata, banyak aspek yang perlu diteliti kerana ia adalah pergerakan yang berskala besar iaitu melibatkan satu keluarga dan beberapa kemungkinan harus diambil kira.

“Sebagai contoh, beliau berkata, ada kes di mana satu keluarga mempunyai lima ahli, tetapi peraturan tidak membenarkan lima individu dalam satu kenderaan,

“Sama juga yang kes golongan yang tiada kenderaan sendiri,

“Setiap kereta, hanya satu pemandu sahaja dibenarkan. Sedangkan ada lima ahli keluarga. Jadi kesemua ahli keluarga itu boleh ke atau tidak? Takkan (ketua keluarga) nak tinggal kan keluarganya di kampung?.

“Kes yang tiada kenderaan, bolehkan disewa bas? Seperti pelajar-pelajar yang dibawa pulang? Jadi banyak perkara yang perlu dibincangkan, ini bukan kes yang mudah dan isu yang besar,

“Selain mesyuarat khas menteri-menteri pada belah pagi, kita juga kena bawa ke jawatankuasa khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Selepas itu baru mendapat kelulusan dan mendapatkan tarikh memulakan perjalanan mereka,” tambahnya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:Airtimes

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*