Jika Ramadan bermula 24 April ini(esok), maka umat Islam dijangka akan menyambut AidilFitri pada 24 Mei depan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, umat Islam harus menyambut Aidilfitri tetapi mereka perlu menangguhkan sambutan perayaan itu.
“selepas menjalankan ibadah puasa, umat Islam wajib menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal.
“Namun, cara sambutan itu perlu
memadai dan mungkin tidak sama dengan perayaan lain dan lebih kepada tradisi,” katanya ketika ditemubual di Facebook.
Keputusan kemungkinan penangguhan sambutan Hari Raya AidilFitri ketika PKP ini akan diputuskan melalui perbincangan Majlis Fatwa Nasional setelah mendapat pandangan para ulama,” katanya.
Terdahulu, kerajaan Indonesia memvtuskan untuk menangguhkan cuti Aidilfitri pada 28 hingga 31 Mei ke Disember untuk menghentikan pergerakan rakyatnya pulang ke kampung ketika global berhadapan wabak pendemik berkenaan.
Sumber:HM
Leave a Reply