Azhar Sulaiman tegur anaknya yang suka berTikTok

Sebelum ini nama hero popular 90an, Azhar Sulaiman menjadi tular selepas anak gadisnya memuatnaik suasana rumah mereka yang serba indah dan mewah di Instagram.

Dan kali ini nama Azhar sekali lagi hangat diperkatakan wargamaya apabila anak gadisnya itu,iaitu Kasih Iris Leona yang gemar memuatnaik aktiviti hariannya di aplikasi Tiktok.

Apa yang mengundang kurang senang netizen adalah apabila Leona dilihat memuatnaik video melakukan senaman bersama kembarnya dengan hanya mengenakan seluar pendek berwarna hitam.

Menyedari anaknya sedang menjadi perhatian dan bualan netizen ketika ini, Azhar Sulaiman sendiri tampil memberikan penjelasan menerusi posting Facebook miliknya.

Menurut Azhar, dia sudah memberi peringatan kepada anak gadisnya itu. Azhar juga turut mengingatkan Leona bahawa dia merupakan seorang wanita muslim.

Menurut Azhar lagi, dia juga telah memberi peringatan kepada anaknya tentang kandungan yang boleh dikongsi di Instagram. Malah, dia juga turut meminta kembar Leona iaitu Rees mengingatkan anak gadisnya yang berusia 18 tahun itu supaya menjaga tingkah laku dan berkelakuan sopan.

Kasih Iris Leona bersama kembarnya

Tindakan Azhar yang tidak melenting dan menerima teguran netizen sebagai suatu yang positif harus diberikan pujian .

Sudah pastinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya kan?

Sabarlah ye Mami, bukan senang nak jaga anak dara!

 

 

 

Sumber: Xtra

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*