
Semalam meriah di laman s0sial dengan cerita mengenai seorang wanita yang baru pulang dari luar negara mendapat penempatan kuarantin di sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang di Petaling Jaya.
Namun begitu, perkongsian wanita ini mendapat maklum balas n3gatif daripada warganet.
Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati kerana golongan ini diberi penginapan mewah berbanding para petugas barisan hadapan.
Namun begitu, memetik laporan Bernama, kerajaan tidak pilih kasih dalam soal penempatan pusat kuarantin untuk rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara seperti yang tular dalam media sosial.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hanya menanggung kos penempatan termasuk makan dan minum setiap individu terhad kepada RM150 sehari.
Menurut nya lagi, sekiranya individu memilih untuk dikuarantin di hotel yang melebihi kadar ditetapkan,mereka perlu menanggung kos selebihnya.
Sungguhpun begitu, mereka tetap tertakluk untuk memilih hotel yang telah ditetapkan kerajaan sahaja bagi memudahkan pemantauan.
Datuk Ismail berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergarakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Tambah beliau lagi, pada mulanya,terdapat permohonan daripada kedutaan asing untuk menempatkan perwakilan mereka yang tiba di negara ini dengan menjadikan hotel sebagai pusat kuarantin.
“Ini kerana tiada pengecualian kepada mereka yang pulang dari luar negara untuk dikuarantin, termasuk diplomat asing. Kalau mereka balik ke negara kita, mereka juga mesti dikuarantin.
“Jadi mereka minta supaya mereka tinggal di hotel yang akan dibayar oleh kedutaan masing-masing,” katanya.
Kemudian terdapat pula permohonan dari rakyat Malaysia sendiri yang baru pulang dari luar negara untuk dikuarantin di hotel dan mereka sanggup membayar kos mereka sendiri.
Walaupun mereka ditempatkan di hotel, prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti di pusat kuarantin lain termasuk tidak dibenarkan sama sekali keluar dari bilik atau menerima pelawat, katanya.
“Jadi kalau mereka memilih hotel sesuka hati tidak mengikut hotel yang disenaraikan, tentu sahaja kami akan menghadapi kesukaran untuk membuat pemantauan. Bayangkan hotel di Petaling Jaya ada lima orang, di Putrajaya ada lima orang, susah untuk kerajaan memantau,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply