Masih berkisarkan artis dan bantuan kerajaan. Kini giliran pengarah tersohor Mamat Khalid pula menempelak tindakan segelintir artis yang suka berkongsi gaya hidup mewah serta barangan berjenama di laman sosial selama ini sehingga jadi pertikaian warganet sewaktu kriisis Coviid-19 yang sedang melanda.
Antara catatan beliau,
“ Yang awak pun satu tayang semuanya di media sosial dengan ungkapan bukan riiak sekadar berkongsi. Kongsi apa? Boleh mereka pinjam kereta yang hadiah pada emak itukah? Buat amal pun digalakkan berahsia, inikan pula kerja-kerja membeli kasut atau barangan mewah.
“ Komen mereka memang membuat kita sedar siapa diri mereka sebenarnya. Awak memang bukan siapa-siapa dalam kehidupan mereka. Tidak kenal, tidak lawak, suara sumbang, dan sampai ada yang mengaku tidak pernah tengok rancangan awak sebab lebih peka pada siaran obersi (luar negara),” kongsinya.
“ Sekarang kita sudah sedar, kita yang hendak orang perhatikan gaya hidup kita dan bukan semuanya menerima gaya awak itu. Malah menimbulkan lagi rasa gusar yang terpendam. Sekali peluang terbit, terbenamlah awak dengan hakikat rasa resah hati mereka yang berbiisa,”tulisnya lagi.
Mamat berkata, tindakan sebegitu hanya akan memakan diri apa kerana netizen memberi perhatian terhadap apa yang dipaparkan oleh artis selama ini tetapi bukan semua menyenangi apa yang mereka tonjolkan.
Nasihat itu diungkapkan Mamat selepas kebelakangan ini kecoh apabila beberapa artis popular mengusulkan mengenai bantuan khas kepada penggiat seni terjejas pendapatan akibat penularan wbak Coviid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati warganet.
Dalam pada itu, pengarah terbabit bagaimanapun turut bersimpati kepada beberapa artis yang menjadi mgsa kecaiman dan berharap mereka ambil pelajaran daripadanya.
“ Kasihan abang tengok adik-adik kena kec4m bagai nak kiiamat sebab menyuarakan tolong bantu pada yang tidak upaya melawan kekangan waktu-waktu darurat sekarang. Niat baik disalah ertikan. Hanya kerana tidak mahu membaca penuh sesuatu artikel.
“ Kehidupan awak yang diriuhkan pula! Apa yang dipelajari adalah betapa pendamnya kesumaat manusia menyimpan hasaad menebal dengan kejayaan awak.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply