Memuat naik foto yang mengenakan sepasang busana tradisional pengantin Jawa dan juga kostum masyarakat Korea bersama seorang jejaka di Instagram ,penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa ternyata mengejutkan ramai peminatnya.
Dalam entri tersebut,Rossa juga memohon maaf kerana tidak mengundang kenalan ke majlis pernikahannya berikutan arahan kuarantin.
“Terima kasih atas doa dan saya sangat menghargainya… Doakan kita bahagia ya,” katanya dalam entri berkenaan.
Tidak hairanlah, perkongsian itu menarik perhatian netizen termasuk rakan selebriti.
Rata-rata mereka gembira dan mengucapkan tahniah kepada penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu.
Bagaimanapun ketika dihubungi BH Online, Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani menafikan dia sudah bernikah seperti yang tercatat dalam kapsyen entri berkenaan.
Rossa berkata, jejaka yang dipaparkan adalah aktor popular Korea Selatan, Kim Sooh Hyun.

“Itu bukan foto asli, ia hasil suntingan teman saya… Tolong jangan percaya,” katanya.
Rossa dikatakan sedang menjalin hubungan dengan penyanyi Afghan namun kedua mereka menafikan g0sip tersebut.
Sumber:BH
Leave a Reply