Demi keselamatan anak-anak, Fatin Afeefa terpaksa akur

Menerusi satu entri di laman Instagramnya, pelakon jelita Fatin Afeefa meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Fatin juga turut mengimbau kenangan bersama dua orang cahaya matanya itu.

“Saya rindu dua raksasa kecil ini yang sering memberi saya sakit kepala,

Pada hari ke-10 kuarantin diri, saya sendirian. Jauh dari keluarga saya.

“Walaupun saya tidak mempunyai gejala, selepas perjalanan kerja saya, saya terpaksa melakukannya, untuk langkah berjaga-jaga. Kami facetime setiap hari.

“Mereka kini berada di rumah ibu dalam keadaan selamat. Terima kasih mama, terima kasih @fatinafeqah untuk menjaga mereka.

“Baiklah, saya akan mengalami kerosakan mental. Selamat tinggal buat masa ini” tulisnya.

Pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsuddin terpaksa berpisah dengan anaknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sedang dijalankan seluruh negara.

Ini kerana bintang utama filem Tentang Bulan ini bimbang tentang keselamatan anaknya berikutan dia baru pulang dari luar negara, beberapa minggu lalu atas urusan kerja.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ke-dua cahaya matanya ini kini dalam jagaan keluarga nya.

Fatin pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon Adam Shah pada 2013 sebelum berpisah pada 2017.

 

Foto: Instagram Fatin Afeefa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*