Kisah Doktor Bongkar Virus Nipah 20 Tahun Lalu, Pelik Kenapa Muslim Tidak Kena Virus

Disebalik kekecohan penularan Wuhan Coronavirus ini, ia mengimbas kembali betapa Malaysia sebenarnya pernah dilanda wabak penyakit yang berb4haya ketika itu iaitu virus Nipah. Pada tahun 1998 virus Nipah yang berasal dari negara kita menyebabkan 105 orang m4ti, sehinggalah punca utamanya ditemui iaitu dari ladang babi itu, kerajaan mengambil keputusan melupuskan sejuta ekor babi bagi mengatasi wabak ini.

Yang menariknya kisah ini ialah keengganan kerajaan ketika itu menerima pendapat daripada dua pelajar PhD yang menyatakan ianya bukan virus JE (bawaan nyamuk) sebaliknya virus lain. Dua doktor tersebut iaitu Dr.Chua Kaw Beng dan Dr Chong Tin Tan menyedari virus tersebut tidak menyerang orang Muslim, jadi sudah pasti ianya bukan penyakit bawaan nyamuk. Perkara itu dimaklumkan kepada penyelia PhD iaitu seorang professor namun tidak diendahkan.

Menurut sumber NPR dan Neurologi Asia, pihak berkuasa tidak mempercayainya dan menegaskan ianya penyakit bawaan nyamuk iaitu JE. Dalam masa yang sama kes kematian terus meningkat.

Akhirnya, Dr Chua meyakinkan professor beliau untuk dihantar ke Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat bagi menyelidik penyakit bawaan nyamuk tersebut. Namun sebenarnya Dr Chua menyeludup virus Nipah yang disimpan di dalam bagasinya untuk dikaji di sana. Beliau terpaksa melanggar semua prosedur yang ada demi keselamatan negara tercinta. Sejurus tiba, kajian terus dilakukan dengan segera untuk mengenal pasti virus sebenar yang menyerang penduduk di Malaysia.

Keputusan yang diterima seperti dijangka oleh Dr Chua dan Dr Tan yg mana virus tersebut bukanlah virus bawaan nyamuk iaitu JE. Tetapi virus tersebut bawaan KHINZIR. Dr Chua terus berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia dan memaklumkan perkara tersebut.

Virus Nipah pembunuh terus hilang, wabak ini telah mengubah landskap ladang ladang khinzir menjadi lebih terurus dan bersih. Dr Chua dan Dr Tan menerima Anugerah Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir.

Rata-rata warganet menyatakan ianya seperti perjalanan kisah filem dengan hero sanggup berkorban apa sahaja demi menyelamatkan negara tercinta. Malahan wabak nipah ini sebenarnya telah dijadikan inspirasi untuk filem Contagion (2011)

Jadi, kita cari punca dan sekat ianya dari terus menular. Yang penting jangan abaikan suara-suara kecil jika ianya sebenar mampu menyelamatkan dunia.

Sumber Cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*