Jawapan SeIamba EIIy MazIein Selepas Ada Orang Cakap Dia Dengan Suami Dah Macam Mak Dengan Anak

“Lantak dia lah orang nak cakap apa pon KaK Lina pom pom..”

Itu reaksi rakan artis iaitu Catriona Ross selepas perkongsian pelakon Elly Mazlein, 40, yang mendedahkan ada pihak yang mendakwa dia dan suami, Mohammad Azlan, 30, kelihatan seperti ibu dan anak.

Elly mendedahkan perkara terbabit menerusi salah satu entri di laman Instagram miliknya.

Tidak melenting dengan dakwaan terbabit, Elly menjawab perkara tersebut dengan penuh berhemah.

” Ada yang cakap macam mama dan anak… Kepom suka. #JanganCepatAmbilHatiDenganKataKataOrang,” tulisnya ringkas.

Di ruangan komen, rata-rata peminat menyelar tindakan pihak yang memberikan pendapat tersebut.

” Taklah. Tak macam mama dengan anak pun… Sesuai sangat-sangat. Abaikan mulut-mulut longkang. Moga Kak Lina bahagia ke jannah,” tulis pengguna bernama Rohanaanisa.

” Peduli cakap orang yang penting suami sayang Kak Lina,” tulis Ariani_mk.

” Ye ke.. Tak ada pun. Yang cakap tu mungkin mata dia senget agaknya. Age is just a number. Rezeki Kepom Allah berikan. Yang penting Kepom makin bahagiaaaa. Kita suka!” sahut Its_azma.

” Buta perut orang tu Kak Lina oii… Kami tengok elok jer. Orang tu jeles gamaknya,” tulis Iammrsnawa.

” Orang tu dengki Kak Lina,” kata Dhappyheart.hq.

Elly selamat menamatkan zaman ibu tunggal dengan jejaka yang bertugas sebagai guru subjek Geografi itu pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Terdahulu Cikgu Azlan turut berkongsi detik-detik perkenalan awal dia untuk mendekati Elly Mazlein di sebuah majlis aqiqah rakannya. Bermula dengan bibit menulis nombor telefon di atas sekeping kertas, maka terjalin sebuah cinta hingga ke jinjang pelamin.

Perkenalan kami semasa majlis aqiqah kawan saya. Kebetulan isteri kepada kawan saya itu berkawan dengan Elly Mazlein. Kat situ saya macam kenal dengan wajah Elly Mazlein. Kemudian, saya cuba memberanikan diri, lagipun saya pun minat dia.

Sebab cikgu tak ada name card. So saya beranikan diri tulis nombor telefon atas kertas kosong dan bagi ke dia. Saya tunggu dengan penuh kesabaran untuk dia mesej saya. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan.

Sebenarnya ambil masa juga. Kalau saya tunggu pun memang dia takkan mesej. Saya tak putus asa, saya call kawan saya itu, then kawan saya call Elly dan dia dah tahu dan lepas dari tu dah start kita mesej dan berhubung. Alhamdullillah, bila dah cakap di telefon macam kita dah kenal lama. Hampir 2-3 jam kita bercakap, dari situ kami mula serius.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*