Virvs Yang Meris4ukan Tak Dihalang Tapi Pelawak Pula Disekat, Shahrol Shiro Perli Siapa Tu?

Pelakon dan pelawak Shahrol Shiro berkongsi sebuah posting di laman Instagram miliknya berkenaan wabak coronavirus yang semakin membimbangkan orang ramai.

Shahrol atau nama penuh Shahrol Azizie Azmi memuat naik keratan artikel yang memaparkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kenyataan mengenai pengecualian visa bagi pelancong dari China.

Menerusi kapsyen, bekas penyampai radio Suria FM itu seakan-akan memerli pihak kerajaan yang tidak menghalang kemasukan warga China ke negara ini.

Sebaliknya menyekat ‘periuk nasi’ pelawak yang mencari rezeki bagi menyara kehidupan sehingga dihalang untuk beraksi di kaca televisyen.

“Setuju.. Kita jangan sekat Koronavirus ni..Tak bahaya sangat pun..Virus ni pun tak menyindir kerajaan..
“Pelawak yang menyindir kerajaan yang patut kita sekat dan sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian,” tulisnya.

Terdahulu, pelawak Ilya Buang atau Pak Ya didakwa telah digam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membuat kemunculan dalam Sepahtu Reunion Live 2020 kerana menyindir kerajaan di final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Sumber : Shahrol Azizie Azmi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*