Fendy Dan Nadira (Caliph Buskers) Sudah Bercer4i Dua Tahun Lalu

TIADA angin tiada ribut, ahli kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy Adlun dan Nadira Rubina mendedahkan mereka sudah berpisah sejak dua tahun lalu.

Menurut Fendy, dia memilih untuk merahsiakan perkara itu kerana tidak mahu masalah peribadi itu dicampur aduk dengan kerjaya mereka.

“Bukan sengaja nak rahsiakan perkara ini. Kami masuk industri bukan dirancang dan tidak jangka pun akan menjadi artis.

Fendy mendedahkan perkara tersebut di Instagramnya.

“Bila dah jadi artis ini, kami jalani kehidupan dengan hati terbuka kerana ia rezeki sebab itu tak nak campurkan masalah peribadi dengan kerja.

“Apabila terjadinya perpisahan dua tahun lalu, kami berdua bersepakat untuk tidak memberitahu kepada umum kerana kami berfikiran ketika itu perkara terlalu peribadi.

“Jadi, tidak perlu diceritakan kepada orang lain sebab tujuan kami masuk dalam industri ini pun untuk mencari kerja dan rezeki,” katanya kepada mStar.

Fendy yang juga pemain dram kumpulan itu memuat naik pendedahan tersebut di Instagramnya pada Ahad.

 

Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain. -FENDY ADLUN

Pasangan ini berkahwin pada 3 Mei 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nurazalea Zafirah yang kini berusia lima tahun.

Dalam pada itu, Fendy memberitahu sudah tiba waktunya untuk berkongsi mengenai perpisahan tersebut memandangkan masing-masing sudah mempunyai kehidupan baru.

“Sudah tiba masa, kena terima hakikat masing-masing perlu cari kebahagiaan dan jalani kehidupan berbeza. Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain.

Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain.

“Bila kami keluar dengan orang lain, takut jatuh fitnah pula sebab orang masih ingat kami suami isteri. Benda itu akan menjadi satu isu besar dan orang mengata kami curang.

“Jadi, sekarang masa yang sesuai dan cukuplah untuk kami simpan rahsia ini supaya tidak timbul sebarang fitnah yang bukan-bukan,” ujarnya.

Selain Fendy dan Nadira, Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat, Zaki Ismail dan Nirwan Zainalabidin. – SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! Jangan Lupa Like Page Kami Di

Ohgebang & SanaSiniViral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*