Pemandu Pakai selipar kena saman. Ini sebabnya yg ramai tak tahu

AYER KEROH: Dua pemandu bas ekspres yang memakai selipar ketika memandu, terkejut apabila menerima s4man oleh anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka yang berpakaian preman, kelmarin.

Pemandu terbabit menerima saman masing-masing selepas kenderaan yang dipandunya tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Sungai Besi dan Terminal Bas Melaka Sentral (TBMS) menerusi Ops Tahun Baru Cina (Ops TBC) yang bermula Ahad lalu hingga 9 Februari ini.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata teknik menyamar sebagai penumpang yang dilakukan penguat kuasa JPJ berjaya mengesan kesal4han dilakukan pemandu bas ekspres pada musim cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Malah katanya, menerusi teknik yang digunakan sejak akhir minggu lalu itu, pihaknya mengesan dua lagi kesal4han pemandu bas ekspres yang menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan.

“Anggota kami secara bergilir-gilir akan meneruskan teknik ini yang dilihat sangat berkesan untuk mengesan kes4lahan dilakukan pemandu bas ekspres, terutama pada musim perayaan,” katanya pada sidang media selepas mengetuai Ops Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina di Jalan Ayer Keroh Lama, di sini hari ini.

Operasi itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

JPJ Melaka menempatkan 56 anggotanya untuk bertugas termasuk menyamar sebagai penumpang bagi meng3san pemandu bas ekspres yang melakukan kes4lahan jalan raya menerusi Ops TBC, sepanjang Tahun Baharu Cina ini.

Muhammad Firdaus berkata, sejak Ops TBC dilancarkan sehingga semalam, pihaknya menyita satu lori dagangan kerana kesalahan memandu tanpa lesen dan tidak memiliki Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL).

Katanya, sebanyak 350 saman turut dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas beberapa kesal4han antaranya tiada lesen memandu serta cermin gelap.

Hasil tinjauan dari komen netizen, ramai lagi yang tak tahu bahwa pemandu bas diwajibkan memakai kasut

Menurut peraturan lalu lintas, mereka yang memandu lori adalah tidak dibenarkan berselipar ketika memandu.

Memang, sebenarnya selain lori, kenderaan bermuatan yang didaftar dibawah kenderaan penggunaan komersial, bas ekspress dan termasuk kenderaan pengangkutan yang bersaiz besar, semuanya diwajibkan memakai kasut yang bertutup atau but.

Selain daripada itu, berdasarkan uandang-undang lalulintas, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) sebenarnya turut menggalakan orang ramai, tidak kira samada ketika membawa kereta atau memandu kenderaan lain adalah dikehendaki memakai kasut bertutup atau but.

Tujuannya

Apakah tujuannya? Menurut pakar pemanduan, oleh kerana selipar yang dipakai tidak rapat dengan bahagian tapak kaki, jadi semasa pemandu kereta mengalami situasi mengejut, mungkin tidak terdaya menghentikan kereta dengan serta-merta, maka akan menyebabkan k3malangan berlaku.

Di samping itu, selain selipar, pakar juga memberi am4ran bahawa jangan memakai kasut bertumit tinggi ketika memandu kereta, ini kerana tumit kasut yang tinggi akan menyebabkan seseorang itu agak susah untuk menekan brek kaki.

Termasuk juga kasut yang terlalu lebar pun jangan dipakai, ini mungkin menyebabkan kaki tersepit di antara pedal minyak atau pedal brek.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*