kalau Zul kekal kan imej dulu yang handsome,saya yakin dia tak hilang peminat.

atau adakah ini cuma dalam lakunan?

fuh t4kutn4,,tgk kepala dia
gambar lama punyala bersih

Pelakon, Zul Ariffin enggan lagi memberikan penjelasan berhubung video ng4rut individu mirip dirinya yang tersebar sejak bulan lalu menerusi laman sosial.
Katanya, dia sudah memberikan kenyataan sebelum ini dan tidak mahu mengulas panjang.
“Untuk hal yang berkaitan dengan video tersebut, saya tiada komen mengenainya.
“Tiada sebab untuk saya marah walaupun sering menjadi mangsa teknologi. Mereka boleh buat apa saja yang dimahukan.
“Untuk saya, ia tidak memberikan kesan. Saya masih lagi bekerja,” katanya.
Bintang berusia 34 tahun ini ditemui di lokasi penggambaran filem Talbis Iblis di Hatter’s Castle, pada Selasa.
Pada masa sama, dia juga tidak merasakan apa yang berlaku memberi impak memandangkan dirinya hanyalah seorang pelakon, bukan selebriti.
Kalau ada yang menganggap dirinya selebriti, itu mungkin memberi kesan kerana ia membabitkan imej.
“Saya lebih menjaga kualiti di lokasi penggambaran. Sebagai seorang pelakon, hanya ini yang saya tahu, selebihnya ia kehidupan peribadi.
“Saya tidak boleh menghentikan orang nak buat macam-macam. Hanya yang merisaukan saya adalah perkara memberikan impak buruk pada kerjaya,” katanya lagi.
Zul turut menambah, dia sudah melalui pelbagai kontroversi sepanjang bergelar anak seni.
“Setiap orang ada kisah masing-masing. Kerana itulah saya tidak pernah memberikan komen terhadap pelakon lain kerana kita tidak tahu, masa saya akan tiba.
“Kalau bukan saya menjadi mangsa, pasti ada artis lain,” jelas Zul jujur.
Lelaki berkenaan yang kelihatan seperti berada di sebuah bilik itu seolah-olah sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Diari Maklumat
Leave a Reply