Izara Aishah Sahkan Diri Sedang Hamil 6 Bulan!

Sekian lama sudah kita tidak mendengar berita tentang pelakon jelita, Izara Aishah. Terbaru, Izara mengesahkan bahawa dia telah hamil enam bulan.

Berita gembira itu dikongsinya menerusi petikan dari Berita Harian. Tambahnya, tahun 2020 merupakan tahun impian bagi dia dan suami untuk menimang cahaya mata.

 

 

View this post on Instagram

 

@adyrazak and @juuu.ko ♥️

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami telah merancang untuk mendapatkan anak pada tahun 2020 kerana kami masing-masing sibuk bekerja.”

“Selain itu, kami mahu nikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami.”, ujarnya.

Ceritanya lagi, sebelum ini mereka tidak berani untuk berceritakan rancangan mereka kepada umum, jadi bila ada yang doakan mereka, dia hanya mengaminkan sahaja.

 

 

View this post on Instagram

 

Santan by AirAsia restaurant opening at MidValley KL. @santan.asean #santanasean #fromaseanwithlove

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

“Ada juga yang tudvh saya mandvl. Seperti yang diketahui ramai, saya bukanlah jenis suka bercerita hal peribadi. Berita kehamilan ini saya sendiri simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi.”

Bertanyakan tentang alahan, Izara mengatakan dia bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa alahan yang teruk dan bayi dalam kandungan juga sihat seperti adanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

“Saya sendiri masih memenuhi jemputan ke mana-mana majlis termasuk majlis perkahwinan kawan baik saya, Farah Nabilah baru-baru ini.”

Mengakhiri bicara, Izara sempat berdoa agar urusan bersalinnya nanti dipermudahkan.

Untuk rekod, Izara Aishah telah mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017.

Sumber: Berita Harian, Instagram Izara Aishah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*