“Aku ingat paip getah, r0tan halus, dan pen4mpar sulong abah..”, Achey dedah sikap tegas bapa dorongnya untuk berjaya

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran bapanya, Achey ada menitip kata-kata buat bapanya itu serta mengimbau kenangan dia dibesarkan dengan penuh disiplin oleh bapanya itu.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah turut mendedahkan bahawa sikap tegas bapanya itu yang menjadi inspirasi buatnya untuk terus berjaya.

“31/12/setiap tahun….selamat ulang tahun abah…Wajah yang bila aku lihat , terbayang, dah aku sentiasa ingat untuk membantu aku terus rasa semangat ..”

“Semoga abah terus dalam lindungan Allah.. sentiasa sihat.. dan di berkati setiap detik yang abah lalui… terima kasih mak kerana sentiasa di samping abah ..”

“Aku ingat paip getah, kayu 2’4 , ekor anak pari, r0tan halus, dan pen4mpar sulong abah yang menjadi inspirasi setiap langkah kejayaan ku..”

“Sbb aku percaya ketika abah berbuat demikian dia semai dengan doa harapan untuk aku menjadi manusia yang baik… walaupun hakikatnya anak abah ni kurang cerdik 🤣… achey sayang abah!..”, tulisnya.

 

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Achey terhadap ibu bapa selain turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Sumber: Instagram Achey Kingtang Kingtung

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*