Keluar Dari Zon Selesa, Riena Diana Syukur Watak ‘Laila’ Buat Dirinya Dikenali Ramai

Setelah hampir 3 mingu bersiaran, drama Kampung People telah mendapat perhatian ramai penonton yang rata-rata terhibur dengan telatah setiap watak dalam drama tersebut.

Antara bintang baru yang menarik perhatian ialah Riena Diana yang melakonkan watak Laila.

 

Menerusi temubualnya melalui Gempak, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal tidak menafikan watak Laila membuatkan dirinya lebih dikenali dalam kalangan peminat.

Tambahnya, dia tidak menyangka wataknya itu dapat sambutan peminat kerana pada awalnya dia agak gementar untuk melakonkan watak yang bukan dari zon yang selesa.

 

“Sebelum ini, saya tak pernah bawa watak komedi jadi ini merupakan perkara baru dalam diri saya.

“Apa yang membuatkan saya terima tawaran ini adalah kelainan watak. Saya memang nekad untuk cabar diri keluar daripada zon selesa.

Riena turut berterima kasih kepada pelakon Elly Mazlein dan pengarah yang banyak membantunya menjayakan watak tersebut.

Ujarnya lagi, meski ramai yang menganggap dirinya pelakon baru, namun dia tidak berkecil hati dan akui masih kurang popular berbanding dengan pelakon yang lain.

“Zaman sekarang ni pun ramai yang tidak menonton televisyen. Saya lebih suka orang kenal disebabkan bakat yang ada.

“Saya percaya rezeki saya belum sampai lagi. Tapi papepun, alhamdulillah tawaran tidak pernah putus,” katanya lagi.

 

Selain Riena, drama ini turut dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Shah Kimin dan ramai lagi.Kampung People akan menemui penonton di Slot Lestary pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam.

Sumber: Instagram Riena Diana, Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*