[VIDEO] Telatah Raqib Memujuk Tasha Mansahar Merajuk Kerana Tudung Buat Ramai Terhibur!

Penyanyi, Raqib Majid mendedahkan isterinya, Tasha Mansahar telah merajuk gara-gara dia terlewat membawanya membeli tudung.

Jelasnya, Tasha ingin membeli tudung baru untuk digayakan sedondon dengan busana yang akan dipakainya untuk menghadiri sebuah majlis keesokan harinya.

Menerusi perkongsian rakaman video yang dikongsinya, Raqib memujuk isterinya itu didalam kereta.

“Merajuk tak dapat beli tudung utk event esok. Saya terr delay sikit tadi jumpe orang. Lambat la nak pegi cari tudung. Tu yang nak pakai tudung hijau baju pink tu🤦🏻‍♂️🙊perempuan bab tudung tkleh bincang. Kite tgk esok btul ke tasha nak pakai tudung hijau baju pink😂

#recordsenyap2 #bajupinktudunghijau“, kongsinya.

 

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan telatah suami isteri itu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 September yang lalu dalam sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

Pada 21 Jun yang lepas, mereka dikurniakan cahaya mata pertama.

 

Sumber: Instagram Raqib Majid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*