Penyampai Radio Haziq Hussni, Isteri Bertolak Ke Mekah Untuk Tunaikan Umrah, “Saya mohon ampun maaf kalau..”

Haziq Hussni, penyampai radio Hot FM menerusi laman media Instagramnya, ada memaklumkan bahawa dia dan isteri bakal berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah pada Sabtu yang lalu.

Haziq turut memohon agar perjalanannya bersama isteri, Ayunda Putri ke Tanah Suci itu dipermudahkan.

Selain itu, Haziq juga memohon maaf kepada semua sekiranya ada berbuat silap dan salah.

“Assalamualaikum
In Shaa Allah sy dan @ayundaputrii akan berangkat ke Mekah pagi ni. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Saya mohon ampun maaf kalau ada terlvkakan hati kalian sepanjang kita kenal. Love you guys! ❤️”, tulisnya.

 

Dalam kemas kini yang terbaru nya pula ada berkongsi satu rakaman video suasana di Tanah Suci.

 

 

View this post on Instagram

 

Kita Amin sama-sama ❤️ P/s : Amin sebut dkt mulut tau, jangan taip je

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on

Melalui tinjauan di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar ibadat pasangan ini diterima Allah dan mendapat umrah yang mabrur.

Sumber: Instagram Haziq Hussni

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*