Pesakit terakhir discaj, Pusat Kuarantin MAEPS secara rasmi tamat operasi hari ini

Selepas hampir empat bulan beroperasi sebagai pusat kuarantin untuk C0VlD-19, hari ini, Pusat Kuarantin & Raw4tan C0VlD-19 Ber1siko Rendah MAEPS Serdang telah pun menamatkan operasinya.

Ia berikutan pes@kit terakhir yang berada di pusat kuarantin itu telah disahkan sembuh dan dibenarkan discaj serta dibenarkan pulang ke rumah.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba menerusi laporan yang dikeluarkan oleh beliau di laman Faceb0ok rasmi miliknya sebentar tadi.

Berikut ialah perkongsian beliau;

Pagi ini saya ke Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS sempena penamatan operasi pada hari ini.

Operasi pusat ini bermula 25 Mac 2020 dengan menerima 3 orang pesakit dari Hospital Kuala Lumpur. Seterusnya, 6 Jun 2020 pula pusat ini menerima seramai 687 pesakit ditempatkan di sini. (bilangan tertinggi yang dicatatkan sepanjang operasi pusat ini). Manakala, hari ini adalah detik bersejarah penutupan operasi pusat ini setelah 1 orang pesakit terakhir telah discaj & dibenarkan pulang.

 

 

 

Turut hadir sama YBhg Dato’ Dr Norhizan bin Ismail, Pengarah, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM dan YBhg Dato’ Indera Dr Sha’ari bin Ngadiman, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Terima kasih semuanya.

Dr Adham Baba

#KitaMestiMenang

Sekadar info, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) memulakan operasinya pada 25 Mac 2020.

Persediaan infrastruktur pusat kuarantin itu disiapkan dalam masa 4 hari dengan kerjasama erat daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), NADMA (Agensi Pengurusan Benc4na Negara), bomba, dan lain-lain syarikat.

Fasiliti yang disediakan di MAEPS sama seperti kemudahan di hospital iaitu katil, ruang mandi, bilik persalinan, tandas, ruang istirahat dan sebagainya.

Antara perkhidmatan yang disediakan di pusat itu ialah perkhidmatan klinikal, wad untuk pesakit COVID-19, ruang resusitasi untuk menstabilkan pes4kit dalam keadaan kec3masan, perkhidmatan ambulans, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan X-ray, dan perkhidmatan makmal patologi.

Pusat kuarantin sementara itu mampu menempatkan sehingga 600 pes4kit pada satu-satu masa dan ia diselaraskan oleh NADMA dengan kerjasama KKM, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Raya.

 

 

 

 

Sumber:FB,BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*