Dengan sekali lafaz dramatis Nisha Dirr sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd Kamil,36, yang merupakan kerabat diraja negeri Selangor.
Nisha Dirr yang popular menerusi drama bersiri Spa Q, Waris Kasih, Gendola Cinta Di Venice, Cinta FB dan banyak lagi bersyukur impian menjadi seorang isteri menjadi kenyataan walaupun masih dalam tempoh Perintah K4walan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pasangan bahagia ini dinikahkan di Pejabat Agama Islam Selangor, Shah Alam, petang ini.
“Alhamdulillah… semua berjalan dengan lancar dan segalanya dipermudahkan. Terima kasih kepada semua ahli keluarga saya dan mertua kerana menjadi tulang belakang dalam persiapan perkahwinan kami.
“Terima kasih juga kepada suami yang menerima saya seadanya. Saya kenal dia melalui seorang kawan hampir setahun yang lalu.
“Suami seorang yang baik hati, memahami dan kacak di mata saya. Apa yang penting, keluarga merestui hubungan kami,” katanya.
Nisha Dirr atau nama sebenarnya Nik Shahri’ah Nik Dir,37,dan Tengku Kamirul tidak mahu bercinta lama-lama setelah kaum keluarga bersetuju mereka diijabkabulkan secepat mungkin.

“Selepas beberapa bulan bercinta, kami terus mengambil keputusan untuk bernikah. Lagi pun keluarga kedua-dua belah pihak mahu kami percepatkan nikah.
“Pada asalnya kami mahu buat majlis merisik dan bertunang, tapi disebabkan PKP kami batalkan hasrat itu. Bagus jugak, boleh kami nikah terus,” katanya lagi.
Nisha yang juga pengusaha produk Herbal Aura ini menerima mas kahwin sebanyak RM 300 berserta sebentuk cincin dan lima dulang hantaran berbalas lima.
Manakala wang hantaran pula dirahsiakan.
Majlis resepsi yang bakal diraikan keluarga dan kenalan rapat pula akan diadakan esok di sebuah dewan di Cheras, Selangor.
Sumber:Wilayahku
Leave a Reply