”KALAU ada wang tetapi tiada bakat pun tidak akan menjadi.”
Itu kata Dato’ Nasharudin Elias, penyanyi terkenal negara dan juga bapa kepada pemain muda kebangsaan, Aniq Asri, mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaburan membawa anaknya ke Sepanyol sebagai satu usaha yang tidak berbaloi.
Graduan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Aniq, dilaporkan bakal ke Akademi FC Malaga City sekali gus memberikan harapan cerah buat perkembangan bola sepak negara.
Walaupun ada sesetengah pihak memandang ia satu pelaburan sia-sia, tetapi Nash menegaskan dia yakin dengan bakat dan kebolehan dimiliki anaknya bakal menjadi tunjang kepada pemilihan ke kelab berkenaan.
“Apabila menginginkan sesuatu, pelaburan sememangnya diperlukan tetapi ia menjadi perkara kedua. Kami bukan berniaga.
“Apa yang penting, Aniq memiliki bakat dan berminat dengan apa yang dilakukan. Kami hanya berikan galakan untuk dia berbakti kepada negara,” katanya.
“Harapan saya, pemain muda dalam negara kita perlu diberikan galakan khususnya mereka yang meraih peluang.”
Sumber: Sport Malaya
Leave a Reply