Apabila pand3mik Covid19 melanda dunia, kesannya dirasai hingga melibatkan sektor ekonomi.
Banyak perniagaan yang tumbang, sememangnya bukan mudah untuk menempuhi dugaan besar ini.
Begitulah juga yang berlaku kepada selebriti popular Wak Doyok yang bakal menamatkan bisnes pakaiannya yang dikenali sebagai Starvilion dengan mengadakan ‘Shutdown Sale Starvilion’.
Menerusi entri terbarunya di Instagram, Wak Doyok meluahkan,

“Sedih rasa di hati tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama 3 tahun di Starvilion.
“Susah bila keadaan terus menduga macam ni. Wak nak bagi perintah tutup company (syarikat) pun sedih, tak sampai hati. Tapi Wak minta mereka try (cuba) sekali lagi jualan yang terakhir dari Starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu-jemu sokong Starvilion selama ini.
“Koleksi yang kami ada semua memang elok dan cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! Jadi Wak mintak semua tolong kongsi dan sokong post ni. Tolonglah dan terima kasih,” katanya yang akan melelong baju serendah RM1 dan bakal mengedarkan 5 ribu pasang baju Melayu secara percuma pada 24 Jun hingga 25 Julai ini.
“Starvilion akan habiskan semua stok yang ada, lelong serendah RM1! Wak pun akan sedekahkan 5 ribu pasang baju Melayu Wak Doyok secara percuma di butik Starvilion dan di website www.starvilion.com (belian secara atas talian).
” Kepada para barisan hadapan, jangan lupa datang bawa ID masing masing. Ada harga istimewa untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma.
“Jualan terakhir Starvilion, Bismillah. Kita tutup dulu, nanti insya Allah kita akan bangkit semula dengan hala tuju yang baru. Insya Allah. Doa-doakan Wak dan team Starvilion,” luahnya lagi.

Bukan itu sahaja ,bagi mereka yang menanda (tag) 11 orang rakan di ruangan Komen, Wak Doyok juga akan menghadiahkan Baju Melayu secara percuma.
Nama pemenang akan diumumkan pada setiap hari mulai 24 Jun sehingga 5 Julai depan.
Jadi kepada mereka yang berminat, bolehlah ke Instagram Wak Doyok dan viralkan post tersebut kepada rakan-rakan anda. Mana tau, rezeki anda dapat baju Melayu percuma.
Ataupun anda boleh membuat pembelian terus ke Butik Starvilion, Seksyen 7 Shah Alam atau secara atas talian di www.starvilion.com bermula 24 Jun ini hingga 5 Julai ini.
Sumber: Wilayahku
Leave a Reply