Ikut peredaran zaman, Shamsul GhauGhau ajar mengaji di Youtube

PELAKON dan pelawak Shamsul Ghau Ghau,atau nama sebenarnya Shamsul Azhar Aliddin, 52, menggunakan platform YouTube untuk mengajar al-Quran sejak beberapa minggu lalu mengikut kesesuaian dengan peredaran zaman.

Shamsul telah mendapat kebenaran mengajar Al-Quran di Selangor sejak dua tahun lalu dan dia mengajar kitab suci itu secara bertalaqqi(berdepan).

.

Dia menjelaskan lagi, apabila negara dilanda kr1sis Covid-19, dia tidak dapat mengajar selama tiga bulan dan mula menyiarkan sesi mengajar anak-anaknya di rumah secara langsung melalui Instagram dan Facebook.

“Dari situ, ramai menyarankan supaya saya membuka saluran YouTube dan menggunakan platform itu untuk mengajar al-Quran,” ujar Shamsul lagi.

Bagaimanapun, katanya, dia masih lagi belajar cara untuk menggunakan platform itu supaya lebih interaktif.

“Saya masih lagi belajar dan bertanya kepada rakan-rakan yang lebih berpengalaman dalam menggunakan media s0sial serta YouTube.

“Bezanya, rasa kurang puas kerana saya tak dapat nak mendengar bacaan penonton yang menonton dan membetulkan mana-mana bacaan atau bunyi yang tidak tepat kerana ia tak sama seperti mana kita mengajar secara bertalaqqi,” katanya.

Pada peringkat permulaan, Shamsul berkongsi beberapa video bacaan surah lazim di YouTube menggunakan nama Pak Su Shamsul Ghau Ghau.

“Saya mulakan dengan surah-surah lazim terlebih dahulu kerana secara tak langsung, ia dapat menarik perhatian orang ramai untuk menonton. Perlahan-lahan, saya akan masuk kepada surah-surah lain. Bukan sahaja mengaji, tetapi kita sama-sama belajar adab semasa membaca al-Quran dengan betul,” katanya.

Tidak hanya fokus kepada agama dan pengajian, saluran YouTube itu juga akan digunakan untuk kandungan lain seperti tempat makan dan juga lokasi menarik untuk melancong.

“Sebelum ini, saya pernah ada satu program sendiri di TV3 yang dikenali sebagai Shamsul @ Bazar Ramadan. Mana tahu, kalau ada rezeki, saya akan gunakan konsep sama dan hasilkan kandungan untuk saluran YouTube ini.

“Selain mengajak orang ramai untuk tertarik dengan dunia pengajian al-Quran, secara tak langsung saya dapat kongsikan pelbagai kandungan lain dan pada masa sama, menjana pendapatan,” katanya.

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*