Tak mau tumpang populariti bapa dan ibu tiri, Sara Ali Khan kerja keras turunkan berat badan sebelum ceburi bidang seni

Jika diikutkan nama Sara Ali Khan sudah cukup besar di Bollywood. Selain bertuah mempunyai ‘kabel’, bapanya ialah pelakon Saif Ali Khan dan ibu tiri Kareena Kapoor, dua nama besar itu sudah cukup untuk memudahkan dia bertapak dalam dunia perfileman di India.

Namun Sara Ali Khan terpaksa menempuh hari-hari yang mencabar sebelum layak ke industri Bollywood. Ini kerana tidak mudah bagi remaja dengan berat lebih dari 90 kilogram untuk bergelar seorang bintang filem!

Sara berkongsi mengenai kepayahan yang dihadapi dengan PCOD (P0lycystic Ovry Syndr0me) yang menyebabkan kenaikan berat badan berlebihan.

Aktres itu nekad untuk menurunkan berat badan sebelum membuat debut di layar perak.

“Saya belajar di Columbia selama empat tahun dan pada akhir tahun kedua, saya memvtuskan untuk menceburi bidang lakonan kerana saya betul-betul minat.

Tetapi saya sedar dalam mimpi selepas melihat penimbang yang menunjukkan angka 96 kilogram. Terasa satu benda h3mpap ke muka. Ketika tahun akhir, saya menurunkan berat badan.”

“Saya remaja biasa macam orang lain. Jadi sukar untuk saya menurunkan berat badan dan tahap hormon sangat tinggi. Jadi, ada masa saya yakin, ada masa saya seperti kh4yal… langsung tidak fokus,” tambahnya.

“Di satu sisi anda lihat saya makan pizza, di sisi lain hanya protein sahaja dibenarkan. Itulah kehidupan saya. Saya bekerja keras dengan bersenam dan mengekalkan kehidupan yang disiplin.

Menurut Sara, dia berlatih kathak, yoga, pilates, boxing dan senaman dengan penuh kesungguhan untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal.

Selain itu dia  juga menjalani latihan boot camp dan bermain tenis dengan ayah nya,Saif Ali Khan. Masanya dipenuhi dengan aktiviti mengeluarkan peluh bagi betul-betul mendapatkan tubuh yang diingini.

Dan hasilnya memang berbaloi. Selain dari menjadi bintang filem, Sara juga merupakan duta jenama sukan Puma.

Sekadar info, Sara merupakan anak hasil perkahwinan pertama Saif Ali Khan bersama bekas isteri,Amrita Singh. Sara juga mempunyai seorang adik, Ibrahim Ali Khan.

 

Nota kaki:Bagus cara Sara ni, nak berat badan ideal kena disiplin bersenam dan jaga pemakanan. Baru rasa sihat dan selesa dengan perubahan diri.

Bukannya bergantung pada pil kurus. Ops!

 

 

 

 

 

Sumber:wanista

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*