Awi Rafael enggan komen kenyataan bekas tunang

Baru-baru ini pelakon Atikah Suhaime ada membuat pengakuan yang dia memerlukan pasangan yang mempunyai kewangan yang stabil.

Atikah juga turut menasihati kaum wanita agar menjauhi lelaki yang sering meminta-minta wang daripada pasangan tanpa berusaha sendiri.

Walaupun kenyataan Atikah itu adalah umum, tanpa menyebut nama mana-mana pihak, ada netizen yang mengaitkan kenyataan Atikah itu ada kaitan dengan bekas tunangnya, Awi Rafael.

Wartawan Gempak telah menghubungi Awi untuk mendapatkan sedikit komen mengenai isu ini.

Menurut Awi, dia berpendapat, tidak semestinya kenyataan yang ditulis Atikah berkaitan dengan dirinya.

“Saya pun tak tahu mengenai hal ini, apa yang penting, kita fikir yang terbaik kerana tidak semestinya semua yang dia tulis berkaitan dengan diri saya.

“Kini, saya hidup dalam keadaan yang tenang dan sibuk menguruskan perniagaan, saya ada keluarga, kawan-kawan dan rakan perniagaan yang sentiasa ada bersama saya,” katanya.

Tambah Awi, dia berharap agar perkara ini tidak disalah tafsir oleh segelintir pihak, pada masa yang sama, Awi berharap tidak lagi dikaitkan dengan bekas tunangnya itu.

“Saya selalu tunjukkan rasa hormat, Insya-Allah, saya harap tiada yang salah faham mengenai hal ini, saya juga tak mahu nama saya dikaitkan lagi,” tegas Awi.

Dalam pada itu, Awi juga berpendapat, lebih elok jika dia menumpukan perhatian kepada perkara lain yang lebih penting dalam kehidupannya.

“Di waktu sekarang ini, lebih baik saya tumpukan perhatian kepada perkara lain yang lebih penting seperti kesihatan ibu saya, krisis C0VID-19 dan menguruskan kanak-kanak avtisme yang menghadiri kelas muzik di studio yang saya usahakan bersama pelakon Aiman Hakim Ridza,” tuturnya mengakhiri bicara.

Sekadar imbasan, Awi telah mengikat tali pertunangan bersama Atikah pada Mac 2018 namun hubungan mereka putus setahun selepas itu.

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*