Putih mata tengok ikan arowana emas dalam kuali

Seorang pemuda dari Sukoharjo,Jawa Tengah berputih mata apabila kehilngan ikan arowana emas peliharaannya yang berharga harga Rp 2 juta (RM600).

Ikan kesayangan yang dibeli Bayu empat tahun lalu bukan dicvri tetapi digoreng oleh ayahnya, seperti yang dilaporkan Tribun News.

Pemilik ikan itu, menerusi akaun Instagram @mas_bayu_oky mengatakan, dia membeli ikan itu di Cikarang sebelum membawa ke rumah keluarganya di Solo.

“Semasa beli ikan ini pada harga hanya Rp 800 ribu (RM241) tetapi kini mencecah Rp 2 juta. Ikan ini cepat membesar.

“Saya membawa ikan itu ke rumah orang tua kerana akuarium di rumah saya bersaiz kecil tapi tidak sangka ayah menggorengnya tanpa pengetahuan saya,” katanya.

Menurutnya, berita sedih itu dimaklumkan adiknya dengan menghantar beberapa keping gambar ikan arowana sedang digoreng.

Katanya lagi, ikan itu bagaimanapun hanya dinikmati  oleh bapanya manakala ahli keluarga lain tidak menjamahnya.

 

 

 

 

 

Sumber:SinarHarian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*