Pelakon dan usahawan, Zain Saidin, 36, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, kelmarin, akibat jngkitan pundi kencing.
Bagaimanapun, Zain yang juga suami kepada Rozita Che Wan atau Che Ta, memaklumkan dirinya, stabil.
“Saya mula s4kit pada pinggang hingga ke belakang badan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ketika itu, saya fikir, mungkin boleh berjumpa doktor selepas tamat PKP.
“Namun, sangkaan saya meleset. Pagi Sabtu lalu, saya bergegas ke h0spital untuk mendapatkan rawatan dan ditahn di wad,” katanya.
Zain berkata, dia tidak mahu lagi berlengah-lengah jika membabitkan soal kesihatan.
“Takut dibiar lama nanti timbul k0mplikasi lain pula. Saya stabil setakat ini… Alhamdulillah,” katanya.
Tambah pelakon sitkom Oh My English! itu, kali terakhir dia dimasukkan ke hospital, kira-kira lima tahun lalu kerana pemb3dahan lutut.
“Selain itu, doktor beritahu bacaan kolestrol saya tinggi. Jika diikutkan sejarah keluarga, kami sering berdepan masaalah ini. Jadi, perkara itu bukanlah pelik,” katanya.
Bapa kepada Aaisyah Dhia Rana ini sedar sakit tidak pernah mengenal usia.
“Dahulu, firasat saya, sakit akan datang ketika berusia. Saya anggar pada usia 40 tahun, kalau sakit kita s4kit, ia normal.
“Tetapi, apabila sudah jatvh sakit sekarang, saya anggap ia suatu peringatan untuk kita berjaga-jaga. Walaupun saya aktif bersenam, kalau hendak sakit, ia akan datang.
“Jika kita sakit, duit banyak pun tidak memberi makna. Sebab itulah ada pepatah berbunyi mencegah itu lebih baik daripada mengubati,” katanya.
Sumber:BH
Leave a Reply