KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan akan berlaku
gelombang kedua demam denggi bermula awal Jun sehingga September ini,berdasarkan tren kes selama lima tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,kemungkinan kebanyakan tempat awam yang lama tertutup dan tiada pergerakan orang ramai lalu berisiko menjadikannya tempat pembiakan nyamuk.
Sehubungan itu, menurut nya orang ramai disaran supaya mempertingkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing terutamanya di mana takungan air dan tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk.
“Usaha membanteras nyamuk Aedes dan demam denggi adalah tanggungjawab kita semua, sepertimana juga masyarakat telah berganding bahu bagi memutuskan penularan jangkitan C0vid-19,” katanya pada sidang media harian C0vid-19 di Putrajaya, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, daripada Januari lalu sehingga 6 Jun ini, 48,584 kes demam denggi dilaporkan berbanding 54,524 kes bagi tempoh sama pada 2019, iaitu penurunan 11 peratus.
“Tren penurunan kes demam denggi ini turut dilihat di kebanyakan negara Asean yang lain namun begitu, sejak enamminggu yang lepas didapati kes demam denggi mulai menunjukkan tren peningkatan secara berterusan; iaitu dengan purata peningkatan sebanyak lapan peratus setiap minggu.
“Sepanjang tempoh yang sama bagi tahun ini juga, 84 kem4tian kes denggi dilaporkan berbanding 83 kes pada tahun 2019,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal terhadap 84 kes kem4tian demam denggi dalam tahun ini, didapati 11 peratus telah lewat mendapatkan rawatan, iaitu tiga hari selepas bermulanya gejala.
Sumber: HarianMetro
Leave a Reply