PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat berulang-alik ke Singapura bagi urusan pekerjaan, selepas mengambil maklum pembukaan semula ekonomi di republik berkenaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Malaysia juga bersedia untuk menjalankan ujian C0VID-19, jika diperlukan kerajaan Singapura.
“Kerajaan mengambil maklum bahawa sektor industri di Singapura sudah bermula operasi dan meminta kebenaran supaya pekerja mereka yang berwarganegara Malaysia untuk berulang-alik ke Singapura.
“Jadi, mesyuarat khas bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik atas urusan kerja dan bersedia menjalankan ujian C0VID-19, jika diperlukan negara berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Sultan Ibrahim dan syarikat swasta Singapura, Thompson Medical Group yang menyumbang dua makmal ujian saringan bergerak dan kit ujian COVID-19.
Sumber:BH
Leave a Reply