Sindiket jual dokumen palsu ujian C0vid19 tumpas, warga Bangladesh dicekup

Tidak berm0ral! Ketika pasukan barisan hadapan kesihatan dan keselamatan di negara ini bertungkus lumus menjejaki dan menyelamatkan pesakit C0vid-19, ada pula sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengeluaran dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 palsu!

Difahamakan dokumen palsu itu dijual dengan dengan harga RM50 untuk membantu mel0loskan pekerja warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini daripada dilibatkan dalam saringan dan rawatan C0vid-19.

Bagaimanapun kegiatan jiijik ini berjaya dihidu pihak berkuasa keselamatan selepas dua orang suspek warga Bangladesh dit4ngkap di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sindiket itu beroperasi dalam kegiatan terlarang dan melanggar undang-undang keselamatan negara sejak satu hingga dua minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim memberitahu pasukan polis dari Jabatan Sisatan Jenayh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menyerbv sebuah premis di Jalan Alor, Kuala Lumpur pada Jumaat 5 Jun 2020 jam 5.40 petang sebelum berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan penjaga kaunter premis.

“Hasil pemeriksaan di premis itu berjaya dirampas seunit komputer riba jenama Dell, dua unit mesin pencetak jenama Epson, seunit mesin laminator model ABC dan dua helai kertas keputusan ujian saringan C0VID-19.

“Dalam serbuan kedua di satu lagi premis di Jalan Alor juga polis berjaya menahan seorang lagi suspek lelaki warga Bangladesh juga yang bekerja sebagai penjaga kaunter,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Turut dirampas sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang terdapat cetakan laporan ujian saringan C0VID-19 yang disyaki palsu dan sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang kosong.

“Polis turut mermpas wang tunai berjumlah RM1331 dari premis kedua itu dan hasil sisatan awal mendapati sindik3t ini menjalankan aktiviti penipvan dengan cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan C0vid-19 yang negatif bagi warganegara asing.

“Kaunter yang beroperasi di kaki lima kedai di Jalan Alor telah beroperasi selama 1 hingga 2 minggu dengan setiap 1 dokumen keputusan ujian saringan C0vid-19 dikenakan bayaran RM50.

“Pihak Polis mendapati tapak berkenaan disewa dengan kadar RM600.00 sebulan dan premis beroperasi setiap hari bermula jam 12.00 tengahari sehingga 9.00 malam,” ujar beliau.

Tambah Mazlan, hasil soal siasat terhadap svspek juga mendapati seorang penjaga akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba ketika berurusan dengan pelanggan.

Tegas beliau, sasaran pelanggan kedua-dua suspek itu adalah dipercayai terdiri daripada warganegara asing dan hasil penyiasatan mendalam polis mendedahkan kedua-dua suspek di kedua-dua premis tersebut bekerja dengan orang lelaki tempatan dan anggaran gaji yang terima setiap svspek adalah RM1500 dan RM1700 sebulan.

“Kesemua tngkapan dan rmpasan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penykit Berjagkit 1988, Seksyen 468 Kanun Kes3ksaan, Seksyen 471 Kanun Kes3ksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.

“Polis Kuala Lumpur memandang serius isu pemalsvan dokumen keputusan ujian saringan C0vid-19 ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang.

“Sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanyalah membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan C0vid-19.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana–mana Balai Polis berdekatan.

 

 

 

Sumber:MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*