“Terima kasih sayang untuk cahayamata kedua kita”- Jep Sepahtu syukur Sari Yanti selamat bersalin

PELAWAK Jep Sepahtu menimang cahaya mata kedua selepas isterinya, pelakon Sari Yanti selamat melhirkan seorang bayi lelaki pada Sabtu.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin, 35, berkongsi khabar gembira itu di Instagram sebentar tadi.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,” tulis Jep ringkas.

Menerusi perkongsian itu Jep turut meletakkan tanda pagar #anakabah #babyboy #662020.

 

Sementara itu, peminat dan beberapa rakan artis turut memberi ucapan tahniah kepada pasangan itu.

“Dah dapat sepasang. Telinga tu cerah masa depan tu,” ujar pelakon Sharifah Shahira.

“Alhamdulillah, tahniah Jep,” tulis Tomok yang juga baru menimang cahaya mata ketiga pada 4 Jun lalu.

“Alhamdulillah, tahniah syukur,” ujar Shuib Sepahtu.

Jep dan Sari mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.

Pasangan itu telah mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Dariya Inara yang berusia dua tahun.

Sementara Sari Yanti mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq menerusi perkahwinannya terdahulu.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*