Bella Astilla mengakui kesilapannya masa lalu dengan berkongsi segala masalah termasuk masalah rumahtangga nya bersama pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Alif Aziz di media s0sial.
Akibatnya dia dilihat seperti menjilat semula apabila kembali rujuk dengan Aliff dalam tempoh edah tanpa diketahui ramai pihak.
Ulas Bella,
“Saya juga hanya manusia biasa dan berd4rah muda. Saya panas hati dan kongsi ama rah terpendam. Bagaimanapun, apa yang berlaku mematangkan diri. Saya banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan.
“Kini, saya akan berfikir panjang sebelum berkongsi soal peribadi di laman s0sial. Cuma, apabila rujuk dan hamil semula saya perlu berkongsi kerana bimbang mengundang fitnah,” jelas Bella.
Tambahnya, dia memberi peluang pada Aliff kerana dia juga manusia biasa dan Aliff kini bekerja di sebuah pusat komuniti Islam di Singapura.
“Saya mahu memberikan masa kepada suami, sebelum mengeluarkan kenyataan secara terbuka. Dengan apa yang dilaluinya sebelum ini, Aliff memerlukan masa untuk menyelesaikannya.
“Kini, Aliff sudah lebih tiga bulan bekerja di sebuah pusat komuniti Islam, Jamiyah di Singapura. Sebagai isteri, saya gembira dia mahu berubah menjadi lebih baik. Aliff terbabit dengan kerja amal mengagihkan bahan mentah kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya dipetik sebagai berkata.
Sumber: myartis
Leave a Reply