Suasana raya tahun ini pastinya berbeza di kebanyakan negara ekoran penularan wabak C0vid-19 ketika ini.
Turut terkesan dengan keadaan ini ialah selebriti popular Indonesia, Datuk Seri Rossa.
Tanpa berselindung situasi yang dialaminya bersama anak tersayang, Datuk Seri Rossa terbuka berkongsi foto 1 Syawal buat tatapan peminat.
Melalui perkongsian tersebut jelas kelihatan kedua-duanya dalam keadaan mata sembab seperti baru menangis namun masih menguntum senyuman.
Tanpa kelibat ibu bapa Datuk Seri Rossa mahupun ahli keluarga yang lain, pastinya ia menjadi lebaran paling sayu buat dua beranak ini.

Lengkap berselendang dan berbaju tradisi, ibu berusia 41 tahun berkenaan tenang di sisi satu-satunya anakanda tersayang, Rizky Langit Ramadhan. Kongsinya, “Selamat lebarandari kita berdua. Rizky tetap mau pakai baju lebaran tahun lalu kerana rindukan Sumedang. Mata sembab kerana tak bisa pulang dan peluk datuk dan nenek. Sabar nak, inshaAllah kita bisa cepat kumpul. Aamiin.”
Selain tertarik dengan gambar raya Datuk Seri Rossa, tumpuan netizen pastinya lebih tertumpu kepada anak lelaki tunggal beliau yang semakin meningkat dewasa.



Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 14 tahun ialah hasil perkongsian Rossa bersama drummer kumpulan Padi iaitu Yoyo.Walau baru belasan tahun tetapi sudah terserlah wajah tampan Rizky.
Rossa dan Yoyo bernikah pada 2004 dan kemudiannya berpisah pada 2009. Sehingga kini Dato Rossa belum lagi menamatkan zaman solonya kecuali dig0sipkan bercinta dengan penyanyi Afghan.
Kredit: Instagram Rossa
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber:Nona
Leave a Reply