Pada 20 Disember yang lalu, pelakon jelita Farah Nabilah,27 telah pun selamat dinikahkan bersama seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus,28.
Semalam, telah berlangsungnya majlis Bollywood pasangan itu dalam sebuah majlis yang meriah dan gilang gemilang.
Farah Nabilah, menerusi akaun Instagramnya, telah berkongsi beberapa momen sepanjang majlis itu berlangsung.
Menerusi foto yang dikongsi, Farah dan Amirul dilihat sedondon mengenakan persalinan ala Bollywood dan pelamin yang dihiasi dengan bunga mawar segar menambahkan lagi kemeriahan majlis.
Sekadar perkongsian, Farah dan Amirul telah pun berkenalan selama 7 tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.
Di hari pernikahan mereka, Farah telah menerima mas kahwin sebanyak RM1000 manakala wang hantaran sebanyak RM77,777.77.
Mereka telah dinikahkan oleh bapa pengan tin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad sambil disaksikan oleh Penolong Pandaftar Perkahwinan Daerah Petaling.
Sumber: Instagram Farah Nabilah
Leave a Reply