Pada 28 Disember lalu, pengacara Anim Ezati Rizki, 27 telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Sadli Sahudin, 37 dengan sekali lafaz.
Difahamkan, majlis nikah mereka telah diadakan di Straits Hill Villa, Johor Bharu dan dihadiri oleh rakan serta ahli keluarga terdekat.
Anim dan pasangan telah dinikahkan oleh Ustaz Fakhrul Razi, kadi daerah Johor Bahru yang disaksikan oleh abang kandungnya, Syazan Amer Khan. Anim turut menerima mas kahwin bernilai RM2000 beserta wang hantaran bernilai RM20 000.
Malah, masing-masing turut berbalas dulang hantaran tujuh berbalas tujuh di majlis itu.
Malah, menerusi laman Instagram Anim turut berkongsi fotonya ketika majlis berinai.
“🦋myweddingdiary🦋
Betullah orang cakap, kahwin ni best! 🙊 Malam berinai #AnimEzatiXMohdFadli berlangsung semalam. Bila kita lihat semua yang kita rancang dan susun tu menjadi.. syukur Ya Allah. Alhamdulillah.
Many more pictures to come! In few hours, i’ll be Mrs. Dengan izin Allah SWT. kepada yang mengikuti posting kami, doakan kami untuk hari ni ya. Im so nervous!”, tulisnya sambil memberi kredit kepada pihak yang terlibat.





Tahniah buat Anim dan pasangan!
Sumber: Instagram Anim Ezati
Leave a Reply