Mira Filzah-Wan Emir bukan rahsia lagi

Pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2019, Mira Filzah tidak lagi berselindung mengenai hubungannya dengan anak kenamaan yang juga seorang arkitek, Wan Emir Astar.

Walaubagaimanapun dia tidak mengiyakan adakah dia bakal bergelar isteri kepada Wan Emir Astar pada Oktober ini.

Mira membuat pengakuan itu menerusi program bual bicara bersama Ustazah Asma Harun di laman Facebook, Ahad lalu berkongsi kisah menarik mengenai hubungan cintanya dengan arkitek berusia 30 tahun itu.

Menerusi siaran langsung di medium berkenaan, Mira tanpa berselindung memberitahu, keluarganya dan Wan Emir sudah pun bertemu, tidak lama dahulu.

“Pertanyaan Ustazah Asma cukup spontan apakah saya dan Wan Emir sudah bertunang. Saya jawab sahaja kerana memikirkan tiada apa yang perlu disorokkan.

“Jujurnya, apa yang saya boleh komen, minta semua mendoakan yang terbaik supaya urusan berkaitan perkahwinan dipermudahkan.

“Lagipun, kita sedang diuji dengan virus COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Dalam pada itu, Ustazah Asma dalam siaran langsung itu menjelaskan dalam agama Islam persetujuan antara keluarga seperti tanda ikatan pertunangan.

“Dalam Islam, kalau sudah ada persetujuan, kira sudah bertunang.

“Sebab sudah ada ikatan perjanjian dan persetujuan keluarga, cuma mungkin dari sudut adat, belum lagi.

“Insya-Allah, kita doakan Allah SWT mempermudahkan Mira bergelar isteri, tahun ini,” kata Ustazah Asma.

Difahamkan, ahli perniagaan yang mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan itu sudahpun menghantar rombongan merisik Mira, beberapa bulan lalu.

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*