Izara Aishah selamat bergelar ibu

BERITA gembira buat peminat Izara Aishah apabila pelakon itu telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.9 kilogram pada Rabu, hasil perkongsian hidupnya bersama anak tiri biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid.

Berita baik itu dikongsikan sendiri oleh ibu mentuanya iaitu Datin Seri Tengku Zawyah yang meluahkan rasa syukur menerusi laman Instastory pada petang Rabu.

“Alhamdulilah tahniah Adib dan Izara dengan kehadiran kegembiraan baru. Cute little princess. Semoga Allah memberkati awak dan puteri awak. Saya tahu awak akan menjadi ibu yang terbaik dan penyayang.

“Cucu perempuan kita lahir hari ini dengan berat 2.9 kilogram,” tulis Tengku Zawyah yang turut ‘tag’ akaun Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Manakala menerusi Instastory penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza juga bersyukur dengan penambahan ahli baharu dalam keluarga mereka.

“Alhamdulillah… makin bertambah ahli keluarga kita,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis,Izara dan Adib  belum memuat naik sebarang perkembangan dan info mengenai berita gembira itu di media sosi4l.

Izara dan Adib berkahwin pada 17 November 2017.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*