Era tahun 80-an, menyaksikan Kumpulan Freedom antara band muzik yang berada di puncak kegemilangan.
Ketika itu Freeeom muncul dengan beberapa lagu hit mereka seperti ‘Mulanya Di Sini’, ‘Jauh Di Rindu’ dan ‘Persamaan’ bersama vokalis utamanya, arwah Seha.
Malah lagu-lagu itu masih malar segar hingga kini walaupun kumpulan Freedom telah lama menyepi sejak perginya Seha.

Terkini ,pemain dram kumpulan Freedom, iaitu Shuaib Shaari, 61, diuji dengan penyakit strok dan dia tidak mampu bermain muzik lagi.
Shuaib yang juga ketua kumpulan Freedom menghabiskan sisa hidup di Kampung Sungai Tua, Gombak bersama isteri tersayang.
“Sepasang tangan inilah yang digunakan sejak lebih 40 tahun lalu mencari sesuap rezeki bagi menyara keluarga. Tetapi, kini, tangannya tidak mampu bergerak. Saya tak mampu mencari rezeki lagi. Mulanya, tangan kanan langsung tidak boleh digerakkan, namun sekarang bergerak sikit, berkat ikhtiar mengurut.
“Saya mahu bekerja selepas pulih penyakit strok, walaupun tidak sepenuhnya. Bagaimanapun, apalah kerja yang mampu dilakukan dalam keadaan begini. Tangan pun tidak mampu lagi menghayun kayu dram,” tuturnya.
Shuaib berkata, dia pernah terfikir menjadi pemandu e-hailing, tetapi dalam seperti ini, tak mungkin diterima: “Setakat memandu di kawasan rumah boleh ditemani isteri. Kini, kami hanya bergantung hidup dengan anak-anak. Alhamdulillah dapat juga mengisi perut walaupun tidak mewah,” ujarnya.

Shuaib kini banyak menghabiskan masa dengan aktiviti keagamaan berkata, sesekali timbul kerinduan mahu bermain muzik. Katanya, sebelum sakit, dia bersama dua anggota Freedom, Datuk Mohd Nor Shahriman yang juga pemain bass dan Richard Gomis (keyboard) aktif bermain di kelab. Namun, sahabatnya itu juga membawa haluan, sejak keadaan kesihatannya merosot.
“Richard masih bermain muzik, tetapi saya tidak pasti Mohd Nor. Saya agak terkilan kerana kami pernah berhasrat mengadakan konsert reunion, tetapi tak kesampaian apabila dua anggota, All4hyarham Seha (vokalis) dan Abd Ghani Karim (gitar) meningg4l dunia.
“Arwah Seha meningg4l akibat k4nser paru-paru pada 2006, manakala Ghani pula menyusulinya 10 tahun kemudian. Selepas Seha tiada, hasrat mengadakan konsert terus terkubur,” jelasnya.
Shuaib berkata, Seha adalah punca gabungan Freedom paling menjadi: “Namun, jodoh kami dengan arw4h tak panjang. Arw4h membuat keputusan bergerak solo ketika nama Freedom berada di puncak. Kami hanya sempat merakamkan dua album.
“Selepas ketiadaan Seha, apa yang Freedom lakukan bagaikan tidak kena. Kami pernah menggantikan tempat Seha dengan penyanyi lain, malah saya sendiri pernah merakamkan lagu solo, tetapi tetap tidak berjaya melonjakkan nama Freedom semula. Begitu juga Seha, kerjaya solonya juga tidak serancak ketika bersama Freedom,” katanya.
Sumber:BH
Leave a Reply