Ashraf Muslim pula positif Covid19

Selepas Puteri Aishah,pelakon drama Demi, Ashraf Muslim pula mengesahkan dirinya kini positif COVID-19, sekembali dari menjalani penggambaran drama bersiri itu di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu.

Sekian lama berdiam mengenai keadaan dirinya, Ashraf akhirnya berkongsi luahan hati menerusi entri Instagram (IG), tengah hari ini.

Ashraf memohon maaf kepada semua pihak termasuk rakan media kerana memilih tidak memberikan sebarang kenyataan.

“Tanggal 12 April lalu menjadi jawapan bagi saya mengenai keputusan ujian COVID-19.

“Ya, saya dijangkiti virus COVID-19. Sewaktu itu walaupun sebak mendapat tahu jawapannya, tetapi saya reda dengan pilihan Allah.

“Ada hikmah di sebaliknya. Datang ‘nervous’ dan macam-macam perasaan apabila masuk ambulans.

“Maafkan saya ahli keluarga, sahabat dan rakan,” kongsinya.

Bagaimanapun Ashraf tidak mendedahkan secara terperinci lokasi hospital menjalani rawatan dan kuarantin.

“Tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit COVID-19. Semoga Allah jauhkan wabak ini, tidak berterusan dan menyihatkan semua.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan wartawan yang menghubungi saya. Harap faham dengan situasi saya sekarang.

“Tak lupa kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, pembantu perubatan, jururawat dan mereka yang terbabit. Terima kasih, kalian adalah hero kami,” tulisnya.

“Kepada Mama, Ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah, doakan ayah supaya pulih daripada virus ini dengan cepat. Supaya kita dapat berjumpa beramai-ramai.

“Ayah rindu sangat, tetapi jangan risau ayah okay, sihat, boleh solat dan baca al-Quran seperti biasa.

“Berprasangka baik pada Allah. Hanya Allah memberikan penyakit dan memberikan kesembuhan,” tulisnya.

Kumpulan produksi drama Demi  seramai 18 orang termasuk pelakon telah berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, untuk menjalani penggambaran drama itu sebanyak 26 episod untuk siaran RTM.

Setakat artikel ini ditulis, seramai lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif COVID-19.

 

 

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*