“Makan apa yang ada” – Ibu Puteri Balqis

“Doakan semoga usaha ini permudahkan,” itu tutur ibu pelakon cilik berbakat, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz yang bersyukur apabila buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis masih terjual sekali gus dapat menampung kehidupan mereka dua beranak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kami bersyukur buku masih terjual macam biasa. Tidak jangka juga ada yang terus membeli. Seperti biasa, saya akan hantarkan kecuali jika ia membabitkan kawasan zon merah Covid-19. Sekarang pun Balqis sedang menyiapkan buku puisi versi bahasa Melayu pula.

Apabila ditanya mengenai belanja harian, Norashikin berkata, dia mengamalkan sikap berjimat cermat: “Syukur, semua cukup. Makan apa yang ada dan berjimat,” ujarnya.

Ujar Norashikin lagi, hasil penjualan buku nukilan anaknya itu membolehkan dia menyewa satu lagi unit rumah pangsa bagi menempatkan gelandangan: “Ada enam orang termasuk seorang mualaf. Saya sewakan sementara sebab semua tidak ada tempat. Mereka itu gelandangan yang kami memang kenal. Itu saja cara kami nak balas jasa peminat Aqish (Balqis). Ini pun rasa tak terbalas rasanya,” katanya.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*