Pelbagai cara digunakan oleh peniaga untuk menarik hati pelanggan bagi mempromosikan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.
Bagi seorang pemilik restoran di Sarawak, Kenneth Chong dia memilih menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan menggunakan kereta berjenama mewah miliknya, Ferrari F430!

Kenneth yang merupakan pemilik restoran Southbank Grill & Chill berkata, strategi ini digunakan untuk melariskan jualan dan ia diterima baik oleh pelanggannya.
“Saya memilih cara ini kerana ingin menggembirakan semua orang di saat PKP ini, ramai pelanggan yang mahu bergambar dengan kereta saya,” katanya.
Lebih menarik, tempahan makanan yang diterimanya juga semakin meningkat kerana ramai pelanggan mula tertarik dengan kaedah penghantaran tersebut.

“Kereta ini jarang digunakan dan hanya di parkir di rumah, jadi saya merasakan ini waktu yang sesuai dengan menghantar makanan kepada pelanggan menggunakan kereta ini,” katanya.
Walaupun kaedah penghantaran menggunakan Ferrari menjadi bualan masyarakat Kuching, Kenneth tetap pastikan aspek kebersihan makanan tetap jadi keutamaan premisnya.


Sementara itu Facebook milik Sham Bujang turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan Kenneth menghantar makanan secara istimewa dengan menaiki Ferrari F430 berwarna merah.

Sumber:SinarHarian,Facebook Sham Bujang
Leave a Reply