Tersentuh membaca coretan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi pos terbarunya laman Instagram Air Tangan Tunku Azizah.
Untuk makluman, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Agong, dan kakitangan Istana Negara telah diminta kuarantin diri sejak 27 Mac lalu selepas Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin mengesahkan terdapat staf Istana Negara telah didapati positif Covid-19.
Berikut ialah catatan baginda permaisuri agong kesayangan rakyat ini,
“Hari ini cukup 14 hari saya sekeluarga self quarantined. Walaupun sebumbung kami tidak berjumpa, hanya lambai dari jauh. Rindu sangat saya kepada anak-anak dan cucu-cucu. 20 orang positive telah membuat Istana Negara standstill, dapur tak berasap dan semua pekerja di quarantine.
Alhamdulillah mereka akan dibenarkan kembali bekerja (tapi kena ikut peraturan dari KKM) dan mereka yang positive kena tunggu negative dan anak self quarantine selama 14 hari lagi sebelum mereka dibenarkan kembali kerja. Alhamdulillah malam ni malam nisfu shaaban, marilah kita semua berdoa ke hadrat Allah SWT hapuskan wabak ini. InshaAllah.”


Di entri sebelumnya, Tunku Azizah dilihat mengisi masa kuarantin dengan melakukan hobi kesukaan baginda iaitu mengait.
Apa yang lebih mengagumkan, baginda hanya belajar seni tersebut melalui video di YouTube. Malah, Tunku Azizah juga berkongsi aktiviti bertadarus bersama-sama staf istana ketika tempoh kuarantin di bilik masing-masing.


Ketika rakyat diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, Raja Permaisuri Agong berkenan memberikan sumbangan makanan yang dimasak sendiri oleh baginda untuk disumbangkan kepada para frontliners di hospital terlibat.
Antaranya Hospital Sungai Buloh, CPRC, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Sumber: Sumber
Leave a Reply