Siri animasi Upin Ipin adalah salah satu produk kebanggaan rakyat Malaysia. Jalan cerita dan animasi yang dihasilkan sememangnya cukup menarik bukan sahaja buat tatapan kanak-kanak malah orang dewasa juga.
Upin Ipin ini bukan sahaja popular di Malaysia, malah di negara jiran juga sehinggakan episod baru sentiasa dinanti-nantikan oleh peminatnya. Bagaimanapun, antara banyak-banyak karakter dalam siri animasi ini pastinya korang tahu akan watak seekor ayam dikenali sebagai Rembo.

Kewujudan karakter Rembo dalam Upin Ipin kadang-kadang membuatkan penonton pecah tawa menyaksikan gelagat ayam yang suka buat onar ini. Tapi tahukah korang di sebalik karakter si Ayam Rembo ini ada seorang lelaki yang menyumbangkan suaranya?
Baru-baru ini pasukan produksi Les Copaque yang menghasilkan animasi Upin Ipin ini mendedahkan karakter si ayam, Rembo juga punya penyumbang suara. Berikut adalah perkongsian ketika rakaman penyumbang suara ini diadakan:
Wah tak sangka betul! Sekecil-kecil karakter ada peranan masing-masing. Rata-rata warganet teruja mengetahui mengenai karakter Rembo dalam Upin Ipin ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:



Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply