“Gitu Je Macam Panggil Member,” – Gelagat Fahri Panggil Dayah Bakar Buat Ramai Terhibur

Umum mengetahui bahawa pengacara yang dikenali ramai, Dayah Bakar sebelum ini menetap di Canberra, Australia bersama suami dan anak kecil mereka.

Dayah pernah berjauhan dengan suaminya hampir setahun lebih, iaitu sejak awal kehamilan anak lelaki sulungnya itu sehingga selamat melahirkan seorang anak lelaki iaitu Achbar Muhammad Fahri.

Menginjak usia hampir dua tahun, Fahri sentiasa mencvri perhatian ramai apabila gelagat comelnya sentiasa dikongsi oleh Dayah menerusi laman Instagram rasmi miliknya.

Terbaru menerusi laman, Dayah merakam gelagat Fahri yang dilihat berlari di sebuah pusat membeli belah.

Namun apa mencvri perhatian ialah gelagat Fahri yang memanggil ibunya dengan gelaran ‘Dayah’.

“Angkara selalu dengar atok dan nenek panggil “Dayah”. Ini ibu nakkkkk….

“Panggilan tutu masih diteruskan. Add on ‘Dayah’ pula. Lepas ni Dayah Bakar ke,?” tulis Dayah di ruangan kapsyen.

Video :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Untuk makluman, Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.

Komen netizen:

 

 

Sumber:instagram dayahbakar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*