Tetap bantu! Semua sedia maklum betapa eratnya hubungan anggota ahli Bocey, iaitu Abam,Fad Dan Achey antara satu sama lain.
Bagaimanapun Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, meniggal dunia di kediamannya di Gombak, pada 10 Februari yang lalu,akibat demam panas.
Sehingga kini Achey berkata dia dan Fad sentiasa memberi sokongan dan bantuan sewajarnya kepada balu arw4h Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.
Selain kewangan, Achey memberitahu dia turut membantu mempromosikan perniagaan cempedak goreng yang diusahakan oleh Nor Hidayah di Sabak Bernam, Selangor.
“Saya masuk live Instagram dia untuk bantu perniagaannya, memang dahsyat juga perniagaan dia. Tak sedaplah tiap bulan bagi amaun (duit), dia pun buat bisnes kita bantu promosi dari jarak jauh.


“Nak pergi ulang-alik ke Sabak Bernam tu jauh juga… dia masih kuat berdepan ujian ini semua, ” jelas Achey mengakhiri perbualan.
Sumber:mstar
Leave a Reply