“Sejak PKP mak demam rindu kat anak-anak, akhirnya Mak pergi dijemput Ilahi”

Ramai yg terkesan dengan posting tular mengenai seorang anak yang membuat kejutan pada ibu nya yang sedang jual nasi lemak selepas 9 bulan tak jumpa kerana Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Tapi bagi seorang pengguna Facebook, Ana Muney hasratnya untuk membuat kejutan yang sama untuk ibunya tidak kesampaian apabila ibunya meningg4l dunia ketika PKP dikuatkuasakan.

Ibu kepada Puan Ana telah pergi buat selamanya pada 29 Ramadhan bersamaan 22 Mei 2020. Ini kisah Ana yang dikongsikan Ana di dalam postingnya,

“Masa pkp haritu janji dgn adik bradik, nak balik kampung sesama, lepas dh hbis smua ni (cov1d)..nk peluk mak erat2..sebab mak kerap sangat demam sejak pkp ni..adik yg jaga mak, dia kata sbb pkp ni,mak demam rindu, mak terlalu rindu anak2..

Kebanyakan kami kalau nk balik kena rentas negeri..takde reason kukuh tak dapatlah balik..yg sedihnya..pd 29 Ramadhan, Jumaat (22/5/2020) mak dijemput Ilahi ..pelukan dan ciuman terakhir kami anak2 hanyalah sekujur tubuh kaku sejuk dibalut kain putih…

Sedih tak dapat nk describe..semuanya jadi dengan cepat dan masa pkp pulak..mak ten4t sekejap sangat terus msuk ICU dan men1nggal..mcm mimpi..sedih..bila kenangkan dh rancang macam-macam termasuk la nak bawak mak datang Pahang utk akikah ank ke 3..cucu yg ni pun mak tak sempat tengok..

Setiap kali cakap telefon itu yg dibualkan mak (tak sabar nk tengok cucu baru)..tahun ni bukan saja PKP menjadi kenangan..pemergian mak juga bakal dikenang kami adik bradik..tolong doakan ibu sy..smoga Allah merahmatinya, dan mengampuninya..al fatihah..”

Semoga keluarga Puan Ana tabah menghadapi ujian ini.

Dan buat pembaca yang masih mempunyai ibu dan ayah, berbuat baiklah kepada mereka kerana kita tidak tau bilakah tiba masanya mereka akan dijemput oleh Ilahi.

Sumber:Sepitbiru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*