Selepas lebih tiga bulan menjadi perhatian rutin baru orang ramai ketika wabak C0vid19,sidang media Kementerian Kesihatan tidak lagi akan menjadi urusan harian bermula pada minggu depan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun memberi jaminan kementerian akan terus memberikan informasi kepada masyarakat mengenai statistik terkini virvs tersebut.
“Dan kita tetap akan menjalankan atau memberi maklumat yang terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan jarakkan sidang akhbar.
“Dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan media yang telah kerja keras untuk sama-sama menjayakan untuk memvtuskan penularan jangkitan C0vid19 di dalam negara,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya semalam.
Bagaimanapun Dr Noor Hisham tidak memberikan perincian mengenai jadual sidang media yang baru.
Perubahan ini berlaku apabila kes C0vid19 di Malaysia didapati menurun pada beberapa minggu kebelakangan.
Noor Hisham telah mengadakan taklimat Covid-19 melalui siaran langsung pada setiap hari dari 27 Februari.
Sepanjang tempoh itu, sidang media itu pernah ‘cuti rehat’ sebanyak dua kali, pada 9 Mei dan hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Sumber: Malaysiakini
Leave a Reply