Milan: Kekurangan tanah perkuburan Islam di Itali kian meruncing ketika p4ndemik C0vid-19 dan komuniti Muslim menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan peng3bumian dengan sempurna seperti kebanyakan negara lain.
Disebabkan itu, imam dan ketua komuniti minoriti itu meminta supaya tanah perkuburan orang Islam ditambah berikutan peningkatan jenazah dengan permintaan untuk disemadikan di negara terbabit.
“Kami mend3rita (akibat p4ndemik), tetapi lebih terkesan apabila segelintir keluarga tidak dapat menemui tapak untuk mengebumikan jenazah ahli keluarga, disebabkan tiada bahagian untuk Muslim di tanah perkuburan dalam bandar,” kata Imam Masjid Milan Sesto Abdullah Tchina kepada AFP.
Lebih 34,000 orang m4ti akibat p4ndemik itu di Itali, kebanyakannya di kawasan industri di utara.
Pengangkutan udara dunia yang hampir lumpuh sejak beberapa bulan lalu menyebabkan orang Islam yang meningg4l dunia kerana C0vid-19 mahupun sebab lain di Itali tidak dapat dihantar pulang ke negara asal seperti yang dilakukan sebelum ini.
Ia sekali gus turut meyumbang permintaan tinggi tapak untuk pengebumian, sedangkan tapak yang sedia ada semakin terhad.
Muslim di Itali sekitar 2.6 juta orang atau 4.3 peratus daripada populasi negara itu, kebanyakannya tinggal di utara.
Sebanyak 56 peratus daripada mereka adalah warga asing, ramainya dari Afrika Selatan atau Asia Selatan.
Bagaimanapun tiada angka rasmi jumlah Muslim di negara itu.
Banyak jenazah orang Islam yang meningg4l dunia di sini, minggu lalu terpaksa menempuh perjalanan sejauh 50 kilometer untuk disemadikan, kata Tchina.
Kes yang paling tr4gis adalah Hira Ibrahim, seorang wanita Macedonia di Pisogne berhampiran utara Brescia yang terpaksa menyimpan jenazah ibunya, pesakit C0vid-19 di rumah selama 10 hari.
Tindakan itu kerana tanah perkuburan di kawasan berkenaan penuh, menurut surat khabat La Repubblica.
Kesatuan Komuniti Islam Itali menyenaraikan 76 tanah perkuburan di negara itu membabitkan 8,000 kawasan perbandaran.
Sumber:HM
Leave a Reply