Kamalamma, 70 tahun telah diberhentikan kerja sebagai pembantu rumah akibat wab4k C0v1d-19.
Ketika orang senasib dengannya mencari dan mengharapkan bantuan, wanita tua ini pula melakukan perkara sebaliknya.
Sewaktu duduk di hadapan rumahnya, Kamalamma sering melihat beberapa orang aktivis bertungkus lumus mengagihkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Ketika perintah lock down dilaksanakan, ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Sudahlah hidup semasa punya kerja pun susah, apabila tiada kerja bertambah-tambahlah susahnya. Kamalamma juga sama. Tidak ada apa yang lebih untuknya berbanding orang lain kecuali dia mempunyai wang pencen bernilai rs600 (rm34.54). Dapatlah dia bernafas sedikit.
Beberapa hari Kamalamma melihat para aktivis tersebut, hatinya mula terasa mahu menyapa mereka. Baik sungguh mereka ni. Sikap mereka telah menyentuh hati Kamalamma.
Kamalamma akhirnya ambil keputusan untuk bersua muka dengan mereka. Kamalamma menunggu kehadiran mereka dengan sabar. Apabila nampak sahaja kelibat mereka, Kamalamma terus bangkit dari tempat duduknya dan melangkah perlahan menuju ke arah mereka.

Sampai sahaja di hadapan para aktivis itu, dia menarik nafas untuk melepaskan lelah. Kudratnya semakin lemah. Jalan sedikit pun sudah terasa penat. Usianya semakin senja tetapi jiwanya tetap besar.Aktivis itu menghulurkan makanan kepada Kamalamma kerana menyangka dia inginkan makanan. Dengan lembut Kamalamma menolak pelawaan itu.
Dia sebaliknya berkata;”Saya melihat kamu setiap hari mengagihkan makanan di kawasan ini, sudah lebih 30 hari kalau tak silap. Saya rasa, saya juga perlu memberi sedikit sumbangan. Ambillah rs500 (RM28.78) ini sebagai sumbangan dari saya.
Tolong terima sumbangan saya ini .” Dengan tangan yang menggelet@r, wanita tua ini menundukkan kepala dan menghulurkan wang sumbangannya itu. Aktivis terkejut, mereka tak sangka bahawa wanita tua ini ingin menyumbang.
Tetapi apabila mengetahui bahawa wanita tua ini cuma menerima pencen sebanyak rs600 (RM34.54) sebulan, aktiviti tersebut tidak sampai hati untuk menerimanya kerana mereka sedar bahawa Kamalamma juga hidup susah. Mereka cuba menasihati Kamalamma agar simpan duit itu untuk kegunaannya.
Tetapi Kamalamma bertegas untuk tetap jua memberi. Ini bermakna Kamalamma hanya punya baki sebanyak rs100 (RM5.76) untuk kegunaannya selama sebulan. Puas dipujuk oleh para aktivis, tetapi Kamalamma bertegas mahu menyumbang sebanyak itu juga. Akhirnya mereka terpaksa akur jua.
Peristiwa itu telah menyentuh hati para aktivis tersebut. Hari itu telah membuka mata dan hati mereka. Tanpa disangka mereka telah melihat keagungan hati seorang ibu. Walaupun hidupnya miskin tetapi hatinya kaya raya.
Ketika billionaire di serata dunia menyumbang jutaan dollar dari harta mereka, wanita tua ini pula turut sama menyumbang.
Sumbangannya tidaklah setanding billionaire mahupun millionaire di dunia ini. Mereka punya harta yang banyak. Kamalamma pula hanya bekerja sebagai pembantu rumah. Sehebat mana jutawan-jutawan menyumbang, ianya gah pada angkanya.

Tetapi, wanita tua ini telah menyumbang 90% dari wang yang dia ada.
Jika dikira, jumlahnya memang tidak seberapa,tetapi Kamalamma memberi dengan hati dan kasih sayang. Tidak semua orang mampu melakukan perkara yang sama seperti apa yang Kamalamma lakukan.
Termasuklah kita yang sedang membaca ini. Mana jawatan kita hari ini, besar mana pendapatan kita hari ini, belum tentu mampu kita lakukan perkara sama seperti Kamalamma lakukan.
Wanita ini, dia memberi dengan hati. Dia memberi kerana dia yakin bahawa itulah perkara yang dapat memberi bahagia dalam hidup ini.
Walaupun hakikatnya hidupnya sendiri juga susah. Ternyata tidak pernah ada alasan untuk memberi. Tidak kiralah apa jua keadaan hidup kita, ruang untuk memberi itu sentiasa ada jika mahu. Jika tidak mahu, banyak mana harta pun tetap jua beribu alasan wujud semasa hendak memberi.
Apa-apa pun ianya bergantung kepada hati kita. Apa guna harta banyak jika hanya disimpan semata. Akhirnya ia akan dihabiskan juga oleh orang lain.
Bukankah Allah sudah janji bahawa satu pemberian akan dibalas minimum 10 kali ganda, malah ianya juga mungkin akan berganda-ganda lagi.
Apa yang Kamalamma lakukan ini adalah sama seperti baginda Nabi saw amalkan. Beginilah sikap Nabi saw, tidak ada harta yang disimpan melainkan baginda akan memberi kepada yang memerlukan. Kita pula bagaimana? Masih sibuk menghitung wang simpanan atau sedang berusaha untuk terus memberi dan memberi.
Sesungguhnya, hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Imam Al-Ghazali menyebutkan di dalam kita nya, rezeki manusia itu ada 3 iaitu;
1. Apa yang dipakainya
2. Apa yang dimakannya
3. Apa yang disedekahkan.
Ye, itulah sebenar-benar rezeki kita. Wang simpanan dalam bank itu belum tentu menjadi rezeki kita. Kita hanya tolong simpankan sementara. Mungkin ia rezeki anak kita, atau rezeki Ah Chong Pomen kereta, atau rezeki Abu jual rumah dll.
Apa-apa pun, jadilah manusia yang sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak kedekut. Hidup ini memang memerlukan wang, tetapi jangan sampai wang menjadi tujuan utama di dalam hidup kita. Kelak kitajuga yang akan B1NASA.
Sumber: Zul Fikarullah
Leave a Reply